Kemewahan tidak menjamin kebahagiaan
Kekayaan dan kemewahan belum tentu dapat menjamin kebahagiaan hidup. Pepatah Melayu ada mengatakan “orang yang bertanam pokok nyiur taktentu ia dapat memakan buahnya.” Ini adalah kerana orang yang menghimpunkan harta benda itu adakalanya tiada berfaedah bagi dirinya, lebih-lebih lagi jika ia tiada beroleh kesihatan. Kata orang, “jika hati tak senang, madu diminum dirasai cuka”. Harta yang banyak sekalipun tidak akan dapat meredakan kesakitan yang dialami. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa kesihatan lebih penting daripada kemewahan.
0 Response to "Kemewahan tidak menjamin kebahagiaan"
Post a Comment
jangan lupa komentnya ya....